Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu
al-Haitham, atau dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenal
dengan nama Alhazen, adalah seorang ilmuwan Islam yang ahli dalam bidang
sains, falak, matematika, geometri, pengobatan, dan filsafat. Beliau
banyak pula melakukan penyelidikan mengenai cahaya, dan telah memberikan
ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam
menciptakan mikroskop serta teleskop..
Masa ilmuwan-ilmuwan Islam
Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang mundur dan
memundurkan. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut
dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang
diberikan itu bukan saja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat
sejarah yang sebenarnya.
Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan banyak
golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah,
sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, pengobatan, dan
sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh
ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekedar dapat menguasai ilmu tersebut
pada usia yang muda, tetapi dalam masa yang singkat dapat menguasai
beberapa bidang ilmu secara bersamaan.
Walaupun tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains dan pengobatan
tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama,
falsafah, dan sebagainya. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah
Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu
al-Haitham.
Perjalanan hidup
Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama
Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan
dengan 965 Masehi. Beliau memulai pendidikan awalnya di Basrah sebelum
dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah
beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau
mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau
telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Selama
di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja
penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin
buku-buku mengenai matematika dan falak. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan uang cadangan dalam menempuh perjalanan menuju Universitas
Al-Azhar.
Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat
mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, pengobatan, dan
falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan
yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya
mengenai pengobatan mata telah menjadi asas kepada pengajian pengobatan
modern mengenai mata.
Karya dan penelitian
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan.
Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains
barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta
teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui
pelbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On
Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan
lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan
gerhana.
Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada
di garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan
hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam
kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya
seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang
dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah
digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar
yang pertama di dunia.
Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi
padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui
perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui
kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya. Selain
itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan
perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham
kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau
telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung
dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni
pada masa kini.
Filsafat
Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah,
logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau
turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana
terdahulu.
Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam
masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan
mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan
dalam mengenalinya.
Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab
itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan
yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk
disoroti.
Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada
matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini
harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan
waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat,
kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.
Karya
Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah
mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini
beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah. Antara buku
karyanya termasuk:
1. Al’Jami’ fi Usul al’Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik penganalisaannya;
2. Kitab al-Tahlil wa al’Tarkib mengenai ilmu geometri;
3. Kitab Tahlil ai’masa^il al ‘Adadiyah tentang algebra;
4. Maqalah fi Istikhraj Simat al’Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;
5. M.aqalah fima Tad’u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak dan
6. Risalah fi Sina’at al-Syi’r mengenai teknik penulisan puisi.
2. Kitab al-Tahlil wa al’Tarkib mengenai ilmu geometri;
3. Kitab Tahlil ai’masa^il al ‘Adadiyah tentang algebra;
4. Maqalah fi Istikhraj Simat al’Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;
5. M.aqalah fima Tad’u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak dan
6. Risalah fi Sina’at al-Syi’r mengenai teknik penulisan puisi.
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak.
Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari
segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan
dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini.
Kamera Obscura (dalam bahasa Latin berarti kamar gelap),
pengembangan hasil penemuan Ibnu Al Haitham yang didasarkan atas prinsip
menangkap pantulan cahaya dari sebuah benda.
Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah “dicuri” dan
“diceduk” oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang
sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih
kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka
kemungkinan dunia Eropa masih diselubungi dengan kegelapan.
Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan
ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah
membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut
yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.
0 komentar:
Posting Komentar